Wednesday, 9 January 2013

Kegunaan mayat dalam perubatan dahulu




1. Abu Mayat


Sejak abad ke-12 hingga ke abad ke-17, setiap kedai yang menjual ubat di Eropah banyak menyediakan bahan abu mayat ini. Abu mayat ini telah menjadi salah satu makanan kesihatan pada Abad Pertengahan dan dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit dari sakit kepala hingga sakit di bahagian bawah badan. Plaster yang diperbuat daripada abu mayat juga boleh digunakan untuk mengubati tumor.


Permintaan akan abu mayat ini jauh lebih banyak berbanding kuantitinya kerana mayat tidak mudah dicari. Beberapa orang perlu menggali kubur mayat yang telah kering kemudian mengisarnya sampai halus dan dijual sebagai "abu mayat".


2. Man Mellified


"Ubat" ini dibuat dengan cara memandikan mayat seorang lelaki berusia dalam lingkungan 70-80 tahun dan diberi makan madu. Setelah meninggal, biasanya dalam sebulan kemudian, mayatnya disimpan dalam peti mayat penuh dengan madu selama 100 tahun. Ubat ini boleh digunakan untuk mengubati patah tulang dan cedera. Metode ini ditemui dalam buku ilmu perubatan China yang ditulis oleh Li Shih-chen pada tahun 1597.


3. The King's Drops


Ramuan ini diperbuat daripada abu tengkorak manusia dan menjadi popular kerana sempat dipromosikan oleh kerajan British. Charles II dari British sangat tertarik terhadap ilmu kimia selama tempoh pengasingannya di Perancis. Dia kemudiannya membeli hak paten ubat ini dari Jonathan Goddard, pakar bedah dan professor di London Gresham College.


King's Drops atau sebelumnya disebut Goddard's Drops ini kemudian menjadi terkenal. Charles II menghasilkan dan menjual sendiri ubat ini. Ubat ini dikatakan dapat meningkatkan kesihatan dan kekuatan tubuh badan. Para doktor lain kemudiannya mengembangkan ubat yang diperbuat daripada abu tengkorak ini dan salah seorangnya adalah Sir Kenelm Digby yang mengubati epilepsi dengan ubat ini.


4. Hati dan DarahGladiator


Di zaman Rom kuno, hati dan darah manusia dianggap ubat yang mujarab untuk mengubati epilepsi. Paling mujarab lagi jika hati dan darahnya berasal dari kalangan gladiator yang sihat, kuat, dan berani. Bahkan, setelah sang galdiator terkena serangan yang membawa maut, ramai orang akan meminum darah dari lengan yang terpotong itu. Di sekitar Colosseum pada waktu itu dikatakan anda akan banyak menjumpai sang penjual darah segar para gladiator.


5. Air Tapisan Otak Manusia


Pada abad ke-17, air tapisan otak manusia lebih dipercayai dalam mengubati epilepsi daripada hati. Seorang doktor Inggeris bernama John French dan ahli kimia Jerman bernama Johann Schroeder menulis ramuan ubat ini. French membuat ramuannya dengan menghiris halus otak seorang pemuda kemudian direndam dengan anggur dan kotoran kuda selama setengah tahun sebelum disulingkan . Schroeder membuat ramuannya dengan melarutkan tiga otak manusia dengan air bunga lili, lavender, dan malmsey. Seluruh tubuh mayat kemudian dipotong-potong kecil dan ditumbuk halus untuk dicampurkan bersama dengan otak manusia dalam proses penyulingan tersebut.


6. Peluh Mayat


Seorang doktor pada abad ke-17 di Inggeris, George Thomson, percaya bahawa tidak ada satu pun daripada bahagian tubuh manusia yang tidak bermanfaat, termasuk lah peluh. Peluh yang diperolehi daripada tangan lelaki yang dihukum gantung juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit kusta dan ketuat. Bahkan pada abad ke-19, masih banyak orang mempraktikkan amalan menyentuh tangan mayat yang mati digantung pada kulit yang terkena penyakit.


7. Lemak Manusia


Untuk mereka yang menderita penyakit sendi tulang, kejang otot dan kerosakan saraf, lemak manusia yang dicampur bir serta lemak, darah dan sumsum haiwan akan digunakan untuk menyembuhkan penyakit mereka. Di beberapa wilayah di Eropah, para musuh perang yang telah mati akan dibawa ke makmal pengolahan, di mana mayat-mayat tadi akan direbus dan lemaknya diambil.


Zaman dahulu, algojo di Belanda yang juga merangkap sebagai ahli bedah akan menjual lemak manusia yang dihukum mati pada tempoh hari.


Sebuah artikel dalam American Journal of Pharmacy tahun 1922 mengatakan lemak yang disebut sebagai "Hangman's Salve" atau "Lemak si Pembuat Dosa" itu masih digunakan untuk mengubati tulang yang bergeser atau rosak di Belanda. Namun, perlu di ingatkan bahawa Belanda telah melarang hukuman mati sejak 70 tahun yang lalu, jadi sulit untuk memastikan bahawa lemak itu asli ataupun tidak.


8. Kapsul TaiBao


Ubat ini masih digunakan di China hingga ke hari ini. Kapsul Tai Bao dikatakan berisi abu plasenta atau janin yang digugurkan. Ubat ini dianggap berkhasiat untuk meningkatkan stamina seks, mengubati asma, dan memcantikkan kulit. Dalam sebuah siasatan yang dilakukan oleh Marry Roach, iaitu doktor di Hospital Shenzhen di China mengakui bahawa kapsul ini memang mengandungi serbuk abu janin.


Pada bulan Mei lalu, pegawai kastam Korea Selatan telah menyita pil yang dipercayai mengandungi abu mayat manusia yang berasal dari China. Kementerian Kesihatan China segera melakukan siasatan terhadap tuduhan tersebut. Korea Selatanmengakui telah menyita 17,500 pil tersebut sejak tahun lalu.

No comments: