Tahukah korang maksud tiang
yang berwarna putih biru merah yang berputar di depan kedai gunting rambut? Sebenarnya
trademark kedai gunting rambut itu mempunyai sejarah yang tersendiri, mari aku kongsikan ngan korang.
Pada zaman pertengahan, bukan hanya rambut
yang boleh dipotong di "barber shop" tapi juga mampu menjalankan pembedahan kecil, mencabut gigi dan menyedut darah mengunakan lintah (pada zaman itu lazimnya penyedutan darah dilakukan bagi tujuan perubatan)
Penguasa Perancis meletakan dua tahap perubatan iaitu ahli bedah profesional (doktor) dan tukang bedah amatur (tukang bedah
yang ada di barber shop).
Pada abad ke-14 tukang bedah amatur telah dibenarkan mempunyai pekerja dan mereka juga dibenarkan untuk mendalami ilmu bedah profesional di fakulti kedoktoran di
Paris University.
Ambroise Pare yang merupakan tokoh bedah moden
yang juga ahli bedah kerajaan Perancis juga sebenarnya bermula sebagai tukang bedah
barber Shop.
Pada mulanya penggunaan tiang lampu berwarna putih dengan warna merah dan biru yang berputar melilit adalah kebiasaan bagi para tukang penyedut darah
yang menjemur pembalut/bandage yg telah digunakan dan berlumuran darah didepan klinik mereka.
Lalu pembalut/bandages
yang dijemur itu di tiup angin sehingga berputar melilit menimbulkan variasi warna merah putih,
lama kelamaan kebiasaan itu menjadi
trademark di setiap klinik sekaligus juga merupakan pemberitahuan kepada khalayak ramai bahawa tempat itu adalah klinik
Barber Shop.
Seiring dengan berjalannya waktu, pemandangan itu buat sebahagian orang tampak menjijikkan, maka dibuatlah tiang putih
yang di cat dengan warna merah dan biru sebagai pengganti pembalut/bandages yang digantung.
Tiang warna putih menggambarkan pembalut/bandages,
warna merah adalah aliran darah sedangkan warna biru menggambarkan urat/pembuluh
vena tempat darah disedut, bulatan diatas tiang menggambarkan bekas untuk penyimpanan lintah, sementara bulatan dibawah adalah bekas untuk menampung darah, tapi waktu itu modelnya masih lagi statik, iaini masih tidak berputar.
1950an: Amerika menghasilkan
model lebih sempurna, iaitu yang boleh berputar dan bekas yang diatas tiang diganti dengan
bola. Sementara pemakaiannya bukan lagi untuk klinik sedut darah tapi untuk tempat memotong rambut sahaja.
1950 - 1967: Dari hanya satu perusahaan saja telah terjual sebanyak
50,000 buah tiang tanda Barber Shop ini, seiring dengan percambahan
Barber Shop di Amerika maka pada tahun 1996 penjualannya mencapai
rata-rata 70,000 buah
Namun sehingga tahun 1996 penjualannya merosot teruk kerana ada peraturan
yang membatasan pemakaian tiang ini dengan alasan boleh memusingkan/memeningkan kepala jika terlalu banyak dipinggir jalan dan boleh menganggu penumpuan pemandu-pemandu
Walaupun demikian,
model tiang ini merebak pesat ke seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga sepakat bahawa tiang ini adalah sebagai tanda menunjukkan tempat memotong rambut atau Barber Shop
Akhir sekali, jika tiang berputar bererti
barber shop itu buka, demikian sebaliknya jika berhenti berputar bererti tutup.
No comments:
Post a Comment